207: MANUSIA KABUS

SELESAI sembahyang subuh dan berdoa, datuk segera mendekati saya yang berada di safbelakang."Ada apa, hal tuk?""Aku nak balik dulu, kalau nak ikut balik pun boleh, nak duduk di masjid pun boleh,terpulanglah kepada kamu," ungkapan dari datuk membuat saya tergamam sejenak. Biasanya,jarang datuk mahu memnggalkan masjid secara tergesa-gesa."Saya ikut balik tuk," itu keputusan dari saya.Datuk anggukkan kepala sambil tersenyum."Harun macamana tuk?" Susul saya lagi."Dia nak dengar kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ulamaterkenal dari Kota Tuo (Kota Tua)-Padang Sumatera Barat," jelas datuk.Memang tidak di duga Harun Fadillah membuat keputusan mengejut. 

Saya dan datuk keluar dariperut masjid, sampai dekat pintu Harun Fadillah muncul."Baliklah dulu, saya tahu ada kerja yang mesti memanda buat di rumah.Lagipun memanda sudah memulakan puasa sunat," bisik Harun Fadillahke telinga datuk."Memang betul apa yang kamu cakapkan," jawab datuk."Tamar, apa yang kamu perlukan minta saja pada pembantu rumah,"Harun Fadillah renung muka saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala.Dan langkah pulang pun bermula.Disaat sedang asyik mengekori datuk dalam dingin pagi, berkawankan kabus nipis terasa datukmemperlambatkan langkahnya. Kemudian terus berhenti.

"Kenapa Tuk?"Tiada jawapan yang saya terima. Sebagai cucu yang sudah dilatih supaya cepat ber fikir danbertindak bila keadaan terdesak. Saya segera mempertajamkan pancaindera. Ada bebayangmanusia dalam kabus yang menghalang langkah perjalanan datuk.Manusia itu bertubuh besar, memakai songkok putih, berkain pelikat berkotak besar dalam warnahijau putih. Baju melayu telok belangga yang dipakainya koyak di bahagian bawah. 

Di bahukanan terselipang kain hitam menutup sebahagian dada kanan. Lelaki yang tercegat di depandatuk itu, kurang jelas wajahnya."Balik saja ke tempat asal kamu, jangan cuba menganggu urusan orang. Aku ingatkan kamu,jangan cuba nak jadi jaguh di Tanah Deli. Nanti buruk padahnya pada diri kamu. Kalau tak mati,seksa seumur hidup." Terdengar gema suara sekeliling kami (saya dan datuk).Sukar untuk dipastikan, apakah gema suara itu datang dazi lelaki tinggi, bertubuh besar?Sebabnya, semasa suara menolak gegendang telinga, saya seperti berada dalam keadaankhayalan dan bebayang orang itu bagaikan tenggelam timbul dalam kabus nipis.

Datuk menoleh ke arah saya sambil memberi isyarat tangan, supaya mengikuti apa saja yangbakal dilakukannya. Dalam keadaan termanggu datuk terus melangkah lalu merempuh lembagayang menghalang perjalanannya.Tindakan datuk itu mendatangkan padah. Lembaga itu bertindak kasar. Datuk ditendang hinggajatuh terlentang. Saya juga menerima habuan, kain selendang di bahu kanan dilibaskan ke arahsaya.Kibasan kain itu membuat saya terhoyong-hayang, tidak daya mengimbangi badan. Kakibergerak tidak teratur, badan pula terlayah ke kiri, terlayah ke kanan. Gerak langkah sayabagaikan orang mabuk. Dalam saat itu juga, saya terus berselawat seberapa yang boleh. Rasapening mula berkurangan tubuh dapat saya imbangi. Tetapi, tidak mampu berdiri dan terpaksaduduk dipermukaan jalan pulang.

Datuk yang jatuh terlentang segera bangun dan meluru ke arah lembaga yang kelihatan samar-samar. Bila badan datuk bersentuhan dengan tubuh lembaga tersebut, saya terlihat bagaikan adapancaran kilat dari arah selatan dan secara perlahan-lahan tubuh lembaga terbelah dua. Tubuhbahagian kiri mengeluarkan api manakala sebelah kanan pecah berderai, macam kaca terhempaske lantai. Seluruh badan datuk dibasahi peluh."Tanda-tanda kurang baik, Tamar," komen datuk setelah bebayang lembaga itu hilang entah kemana dalam kabus nipis."Maksud datuk?"Datuk terus membisu. Langkah pulang yang terhenti diteruskan. Saya terus mengekorinyadengan seribu persoalan.Cahaya matahari mula bangkit dan mengembang dilangit, suasana sekitar mula cerah. Suarakicau burung mula terdengar, sinar matahari yang lembut mula menikam embun di hujungrumput lalu memantulkan cahaya bening yang menarik.

Perjalanan kian rancak, saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya berusahamenghapuskan peristiwa yang dialami dari bersarang dalam otak. Tidak mahu peristiwa ane h itumenjadi ingatan yang mengerikan dalam hidup.SAMPAISEBAIK saja sampai di kakitangga, kami disambut oleh pembantu rumah dengan wajah yangriang. Tetapi, dia tidak berjaya menyembunyikan rasa terkejutnya kerana Harun Fadillah tidakpulang sama."Tunku Harun mana?" Pembantu rumah mengajukan pertanyaan. "Sekejap lagi dia balik," balasdatuk."Apa halnya?" Tanya pembantu rumah lagi. 

Ternyata dia tidak puas hati dengan jawapan yang dikemukan oleh datuk."Dia dengar kuliah subuh," jelas datuk."Hum..... "angguk pembantu rumah.Datuk pun melangkah tenang masuk ke biliknya.Beberapa minit kemudian, datuk keluar dari kamar menuju ke halaman rumah. Tanpa membuangmasa datuk melakukan senaman silat untuk memanaskan badan dan menegangkan urat saraf.Kira-kira empat puluh lima minit kemudian Harun Fadillah pulang dari Masjid Raya. Dari jauhdia tersenyum ke arah datuk.Kerana sarapan sudah tersedia, saya dan datuk dijemput oleh Harun Fadillah ke ruang makan."Maaf, kamu dengan Tamar saja makan pagi.""Kenapa memanda?". Harun Fadillah terkejut."Tak apa, kamu berdua makanlah," balas datuk

Terbukti yang Harun Fadillah tidak dapat menerima alasan itu. Dia terus mendesak, mahukansebuah jawapan yang konkrit. Setelah didesak bertalu-talu, datuk terus mengalah."Run."Seluruh pandangan Harun Fadillah tertumpu ke arah datuk, "sepatutnya, aku merahsiakanperkara ini tetapi, kerana kamu mendesak juga dan sebagai menghormati tuan rumah akuterpaksa mengalah, walaupun hati kecil aku berat," sambung datuk sambil mengaru pangkaldagu dengan jari kelingking. Sepasang anak matanya tertumpu ke arah saya dan Harun Fadillah,silih berganti."Haaa..... ", Harun Fadillah bersuara lemah patuh dengan tandatanya. 

Dia nampak serba salah.Bagaikan tidak mampu untuk menyambung kata."Begini Run, hari ini dan esok aku terpaksa berpuasa untuk menyelesaikan masalah kakak kamu,menunaikan wasiat ayah kamu. Aku harap kamu faham. Jangan banyak tanya dan soal. Apa yangaku buat selepas ini adalah untuk tujuan memulihkan kakak kamu," datuk bagaikan membericeramah pendek, penuh perasaan bersama raut wajah mempamerkan kesungguhan untukmenyelesaikan masalah yang melanda keluarga Harun Fadillah."Maafkan saya memanda," hiba benar wajah harun Fadillah, Bahu kanan datuk dipaut erat.

"Tak apalah, jangan ulang lagi.""Saya minta maaf memanda," ulang Harun lagi.Wajahnya nampak kesal sungguh. Saya menggigit hujung lidah, tanpa mahu memberi sebarangkomen, apa lagi mahu turut campur dalam perkara tersebut.Beberapa minit berikutnya, saya dan Harun Fadillah masuk ke ruang makan lalu memulakansarapan pagi. Datuk meneruskan senaman atau latihan silat helang putih yang lebih banyakmenekankan pada tumpuan gerak batin bersumberkan gerak nadi dan gerak mata.Memang sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan dihalaman rumah nampak lembut danteratur, nampak mudah, lembut berirama boleh dilakukan oleh sesiapa. Tetapi, pada hakikatnyatidak semudah seperti apa yang dilihat. 

Datuk berhenti bersilat, apabila matahari tinggi se galah.BACASELAMA dua hari datuk berpuasa sunat, dia kurang bercakap. Waktu siangnya dihabiskandengan membaca Quran dan membaca kitab agama di Masjid Raya.Pada sebelah petangnya, jika ada masa terluang. Datuk dengan ditemani Harun Fadillahmengunjungi beberapa buah rumah ulama atau ketua pasenteran sekitar Sumatera Utara.Tujuan datuk berbuat demikian, sekadar berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang hal-halyang ada hubungan dengan agama. 

Tidak dinafikan juga dalam pertemuan itu, ada ulama danketua pasentaran mencadangkan supaya persatuan ulama yang ahli-ahlinya terdiri daripadaulama Sumatera Utara dan Ulama Utara Semenanjung.Matlamatnya, ahli-ahli ulama dua negara itu mesti bekerjasama menangani masalah akidah yangmulai terhakis di kedua-dua negara di samping masalah sosial yang dihadapi oleh anak-anakmuda Islam, terpengaruh dengan budaya kuning di Sumatera Utara dan Semenanjung.

Turut juga ditekankan dalam persatuan itu ialah menentang para pemimpin Islam d i kedua-duanegara yang bersikap lepas tangan dalam hal agama, contohnya menghalakan yang haram untukkepentingan diri dan kuasa serta membanteras penyelewengan. Saya tidak tahu, apakah perkaraitu berhasil dilaksanakan atau tidak.Pada sebelah malamnya, setelah berbuka puasa dan menunaikan suruhan Allah, Datukmenghabiskan separuh daripada waktu malamnya dengan melakukan sembahyang sunat, berzikirserta melakukan sembahyang sunat di samping membaca Quraan.

Semasa datuk melakukan perkara yang saya sebutkan itu, tidur saya cukup aman dan tenteram.Tidak terdengar bunyi aneh atau ganjil dari bilik yang bermanggakan tembaga putih.Saya sungguh beruntung. Dalam waktu datuk berpuasa, selama dua hari itu. Pergerakkan sayabebas, terlepas dari perhatian dan kawalan datuk. Saya boleh ke mana-mana dan kesempatan itu,saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hampir separuh kotaraya Medan saya jajahi denganberjalan kaki.Saya menghabiskan masa dengan duduk di kepala tangga Istana Maimun, melihat pelancongturun naik istana.

Kemudian berlegar-legar di depan istana sebelum bergerak ke pondok kecil yang menempatkanmeriam ganjil.Kerana rajin datang ke situ, saya berhasil mengutip cerita tentang meriam puntung daripenjaganya. Begitu juga dengan beberapa gambar para Sultan Deli terdahulu yang tergantung didinding istana, bagaikan terpaku dalam kepala.Saya boleh menunjukkan gambar beberapa orang Sultan yang ada hubungannya dengankesultanan Johor, Perak, Selangor, Pahang. Malah beberapa nama jalan di kotaraya tersebutterpahat dalam kepala. Beberapa orang penarik beca menjadi teman rapat. Sungai Deli yangmengalir kotor bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.Keseronokkan dan kebebasan yang diperolehi tidak dapat bertahan lama. 

Kepulangan si Nonongseperti memutuskan rantai kebebasan yang dimiliki. Saya tidak sebebas dulu. Datuk mahu sayaberada di sampingnya selalu, terutama bila dia mahu melakukan sesuatu dalam usaha danikhtiarnya membantu menyelesaikan masalah peribadi si Nonong.Adakalanya, datuk memerlukan bantuan dari saya. Atas sebab-sebab tersebut hati kecil saya jadimarah atas kepulangan si Nonong. Bila saya berdepan dengannya, akan saya luahkan protes hatiini padanya. Itu azam yang berputik dalam hati.Tetapi aneh, bila berdepan dengan Nonong azam yang menyala dalam dada terus padam.Terlihat wajahnya, jadi tergamam. 

Wajahnya tidak menggambarkan yang dirinya sudah berusiadalam empat puluhan. Mukanya bagaikan anak gadis awal dua puluhan. Kulitnya putih merah,senyumannya menawan. Sepasang mata galak yang dimilikinya boleh mendebarkan hati lelaki.Tinggi lampai, leher jenjang tubuhnya sedap mata memandang dengan sepasang payudara yangtajam menongkat baju di samping daging punggung yang kejap dan padat. Itulah sebabnya, tidakada siapa yang menduga atau menjangkakan yang si Nonong sudah berusia empat puluh lebih.Kulitnya masih tegang, muka masih berseri. Kalau saya ditawar untuk menjadi suaminya,terpaksa berfikir dua kali sebelum bertolak.

"Kak Nong, ini cucu memanda."Nonong berhenti melangkah, merenung ke arah adiknya (Harun Fadillah) sejenak, kemudianNonong merenung ke arah saya. Dalam perasaan yang serba salah itu, saya anggukkan kepala."Tamar, inilah kakak aku yang tua," sambung Harun Fadillah. Macam tadi juga, saya anggukkankepala tetapi, cuma kali ini di iringi dengan sebaris senyum yang dibalas oleh Nonong."Cucu memanda?" Tanya Nonong pada Datuk di sebelah saya. "Iya," terpamer senyum kepuasandi wajah datuk."Lawa juga orangnya, kulit putih. Matanya yang hitam menunjukkan dia cucu yang bijak," pujiNonong.PUJISAYA tersenggih khayal, bila dipuji begitu. 

Sepasang mata nakal terus meratah seluruh wajahdan tubuh Nonong yang menawan. Sebagai orang muda, angan-angan dan khayalan yangmemberahikan berkocak dalam kalbu. Mia bagaikan terbang dari ingatan. Seluruh minat danperhatian tertumpah pada Nonong yang baru tiba dari Tanjung Pura. Masih tercegat di kaki

tangga membibit beg."Tamar, beri laluan untuk Nonong, jangan tercegat di situ."Saya tersipu-sipu dengan teguran datuk itu. Rupa-rupanya, saya berdiri di muka pintumenghalang perjalanan orang."Maafkan saya Nonong.""Eh kamu Tamar, berbudi bahasalah pada orang yang lebih tua dari kamu, jangan pakai hentamkeromo saja," Datuk menegur. Saya tersenggih. Malu lagi. Nonong tersenyum.Hebat sungguh perhatian datuk pada Nonong. 

Tidak sampai satu jam dia tiba di rumah, sudahdua kali saya kena tegur. Tak mengapa, wajah dan senyumannya memberikan sebuah kepuasanyang tersendiri untuk saya. Kalaulah boleh, hari-hari seterusnya, mahu saya nikmati dan tatapkecantikan yang dianugerah oleh Tuhan pada Nonong.Entah mengapa, semacam ada kelainan dalam diri, sejak akhir-akhir ini, bila melihat perempuanatau gadis cantik. Saya terkhayal dan perasan jadi tidak tentu arah.Adakah ini membawa petanda yang diri ini sudah beransur dewasa. 

Sukar untuk mencari sebuahjawapan pasti. Sekiranya apa yang saya alami dapat dikesan oleh Datuk, betapa malunya fikirsaya. Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati dan teliti dalam setiap gerak-geri dan pertuturan.Kepulangan Nonong nan manis ke rumah pusaka, bertepatan dengan tarikh dan hari Datukmenamatkan puasa sunatnya selama dua hari. Saya kira, perkara ni sudah di rancang dengan telitioleh datuk. Dia mempunyai agenda tersendiri. Diatur dan disusun dengan rapi untuk dilakukanbagi mengatasi masalah yang selama ini membelanggu diri dan kehidupan Nonong.Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan, seiring dengan kepulangan Nonong, Datuk nampaksibuk semacam. 

Banyak perkara yang disoal dan ditanyakan kepada Harun Fadillah dankakaknya (Nonong) secara berasingan dan adakalanya secara berdua-duaan. Perkara yangdiajukan kepada mereka berdua, ada masanya agak terlalu peribadi dan tidak masuk di akal.Ternyata mereka berdua memberikan kerjasama yang baik pada Datuk.

PELIK

PADA petang Rabu, sehari selepas Datuk menamatkan puasa sunat selama dua hari (Datukberpuasa pada Hari Isnin dan Selasa), sepulangnya berjemaah Asar di Masjid Raya, Datuk terusmemanggil Harun Fadillah dan Nonong ke ruang makan. Perkara begini memang tidak pernahdilakukan oleh Datuk. Saya merasa pelik dan curiga dengan tindakannya."Begini Harun," ujar datuk sebaik sahaja Harun Fadillah dan kakaknya duduk dibangku," akufikir sudah sampai masanya masalah yang ditanggung oleh Nonong diusahakan," sambungDatuk sambil menatap wajah Harun dan Nonong. 

Dua bersaudara itu tidak bersuara, hanya bijimata saja yang bergerak ke arah datuk."Saya bersedia," terlompat kata dari mulut Nonong lalu disambut oleh Harun Fadillah dengananggukkan kepala. Setuju dengan kata kakaknya. "Minta dua gelas air dingin," pinta datuk.Harun Fadillah mengarahkan pembantu rumah menyediakan barang yang diminta. Tidak lamaberselang. Dua gelas air sudah berada di depan datuk.


"Kamu berdua minum air seteguk senafas, sebelum minum selawatkan nabi tiga kali dalamsenafas. Bukan air penunduk, mengikut kata, juga bukan untuk memukau, sekadar memberikankeyakinan dalam diri kamu berdua. Bercakaplah dengan jujur kerana aku juga berniat jujur da nikhlas pada kamu. Setelah berusaha, selebihnya itu, kita serahkan kepadaAllah pencipta alamsemesta, Dia saja yang mengetahui segala-galanya," pendek Datuk memberi penjelasan.Harun Fadillah dan Nonong anggukkan kepala, macam terkukur diagah tuannya. 

Persetujuan itumelancarkan aturcara yang sudah datuk rancang dalam kepala.Saya yang duduk agak terpisah jauh dari Datuk, Harun Fadillah dan Nonong merenung ke luar.Melihat sinar mata petang yang kian redup jatuh di halaman rumah. Kicau burung sesekalikedengaran bersama deru kereta dan bunyi loceng beca yang lalu dijalanraya hadapan rumahHarun Fadillah."Nonong."Nonong yang tunduk segera angkat kepala. Renung muka datuk."Cakap dengan jujur, jangan malu-malu. 

Berterus terang dengan memanda. Ingat, apa yangdilakukan ini sebagai memenuhi permintaan arwah orang tua kamu. Barangkali, Harun sudahterangkan kepada kamu," Datuk menyambung dengan penuh sopan."Sudah saya terangkan, kakak sudah faham," sambut Harun Fadillah. "Iya, apa yang dikatakanadik saya tu memang benar," tingkah Nonong.Datuk menegakkan dada sambil menarik nafas dalam-dalam. Duduknya dibetulkan, bersilabertindih paha dengan dengan kedua-dua telapak tangan berada di atas tempurung kepala kakikiri dan kanan. Sekali pandang, datuk bagaikan pahlawan Melaka menyambut kedatanganpahlawan Majapahit.

"Harun.""Iya memanda.""Kamu tahu apa yang berada dalam bilik berkunci tembaga?" Harun Fadillah nampak terkejutdengan pertanyaan yang tidak diduganya. Begitu juga dengan Nonong.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

232: HARUAN BESARKAN KEMALUAN

284: SELAMAT JALAN KAWAN

269: MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR