SBDJ SIRI 284 SELAMAT JALAN KAWAN
“Kamu salah orang, dia baru datang dari Medan bersama aku,” ulang datuk cuba menenangkan perasaan si pemandu lori.
“Ah…” si pemandu mendengus marah.
Dia tidak dapat mengawal perasaannya bila ada orang lain mahu campur tangan dalam urusannya. Dia alihkan muncung pistol dari kepala Jamaluddin ke dada datuk.
“Kamu jangan campur, kamu diam,” jeritnya.
“Sabar,” pujuk datuk.
“Kamu diammm…” sergahnya lantang. Muka datuk diludahnya sambil muncung pistol dihalakan ke kepala Jamaluddin semula.
Beberapa orang yang baru datang ke situ dan menerima penjelasan dari kawan-kawan si pemandu segera menyalahkan Jamaluddin kerana cuba memasukkan pasir ke dalam periuk nasi orang lain.
“Bertenang dulu, biar saya jelaskan semuanya,” datuk bagaikan merayu. Ternyata usaha datuk sia-sia. Rasa marah terus membara dalam dada si pemandu. Dengan siku kiri, bahu datuk disingungnya. Tetapi, datuk masih berlembut juga.
“Eh, kamu siapa?” untuk kesekian kalinya si pemandu menyergah datuk.
“Saya kawannya, dia bukan orang sebarangan. Tak baik buat kawan saya begitu. Menjatuhkan maruah orang ditengah khalayak ramai dilarang oleh agama,” datuk masih berlembut.
“Ehh syaitan tuaaaaa, puhhh…”
Buat kesekian kalinya bersemburan air liur pemandu lori singgah diwajah datuk. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan. Kemarahannya sudah meluap-luap.
Seperti tadi juga, datuk dengan tenang mengesat air liur si pemandu diwajahnya. Datuk masih mampu tersenyum. Masih mahu memujuk si pemandu yang sudah diresapi hantu syaitan. Dalam keadaan yang tegang itu, dua orang pemuda menarik datuk ke satu sudut.
“Jangan campur.”
Itulah yang dibisikkan oleh kedua-dua lelaki ke cuping telinga datuk. Buat seketika datuk termanggu. Kemudian dia gelengkan kepala sambil menolak bahu kedua-dua lelaki yang berada disebelah kanan dan kirinya. Kedua-dua lelaki itu bertindak balas. Pemuda sebelah kanan menekan bahu kanan datuk dengan siku. Manakala yang sebelah kiri memegang tangan kiri datuk lalu dipulas ke belakang.
“Eh kenapa ni,” kata datuk lembut.
Tiada jawapan yang diterima. Tetapi, pemuda sebelah kanan mula main kasar. Dia menghentak kepala lututnya ke pangkal paha datuk. Akibatnya datuk terasa sakit dan kebas.
“Lepaskan saya,” pinta datuk.
“Jangan lepaskan,” pemuda sebelah kiri keluarkan arahan.
“Kenapa buat saya begini,” datuk minta kepastian.
“Kamu Melayu Semenanjung?” pemuda sebelah kanan menyoal.
“Iya,” sahut datuk tegas.
“Kalau begitu jangan tunjuk jaguh di Jakarta. Jangan campur dalam urusan orang disini,” pemuda sebelah kanan memberikan amaran tanpa tulis.
TOLAK
Kedua-dua anak muda itu menolak datuk serentak ke arah longkang kotor. Kerana datuk sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, tolakkan itu tidak mendatangkan kesan. Datuk tidak bergerak walau seinci pun dari tempatnya berdiri. Sepasang kakinya seolah-olah melekat dibumi.
“Ah… tak bergerak.”
Serentak kedengaran suara kedua-dua anak muda separuh menjerit. Mereka merasakan ada tangan ghaib yang merentap (menarik) mereka dari belakang hingga kedua-duanya jatuh terkapar dibumi, tidak mampu bangun. Saat kedua-dua anak muda berusaha untuk berdiri, datuk segera meninggalkan mereka.
Datuk bergegas menuju ke tempat Jamaluddin yang sedang diugut oleh pemandu lori. Keadaan tidak banyak berubah dari tadi. Si pemandu masih menghalakan muncung pistolnya ke kepala Jamaluddin. Mulutnya bertambah celupar mengutuk dan memaki hamun Jamaluddin.
Dan orang ramai yang mengerumuni (Jamaluddin dan pemandu) masih tidak berganjak dari tempat masing-masing. Mereka mahu melihat bagaimana drama yang mendebarkan itu berakhir. Mereka mahu melihat siapa yang handal diantara mereka. Orang ramai mahu melihat siapa yang berdiri tegak dan siapa pula yang terbujur kaku menjadi mayat.
Secara tiba-tiba saja si pemandu melepaskan tembakan ke udara. Sebahagian daripada penonton bertempiaran lintang pukang. Sebahagiannya tidak bergerak. Pemandu lori masih mencekak leher baju Jamaluddin.
“Eh kamu salah orang.”
Semua biji mata tertumpu ke arah datuk yang melangkah dalam keadaan tempang. Pahanya masih terasa sakit akibat dihentak oleh pemuda dengan kepala lutut. Kerana perjalanan agak terganggu, datuk bertindak agak kasar. Orang ramai yang berada dikiri kanan laluannya ditolak.
PROTES
Memang ada yang memprotes cara datuk bertindak. Tetapi, mereka tidak berani bersuara.
“Tolong ke tepi, saya nak jumpa mereka,” datuk minta laluan.
“Kaki kacau,” terdengar suara sumbang dari arah belakang. Datuk mempersetankan semuanya itu. Datuk terus melangkah dalam keadaan kelam-kabut dan tolak menolak itu datuk berhasil juga menghampiri Jamaluddin dan pemandu.
“Jangan pengapakan sahabat saya,” datuk merayu.
“Ini bukan urusan awak,” sergah pemandu lori lebih tegas dan lebih berani dari tadi. Malah dia mencebekkan bibirnya ke arah datuk.
“Tapi, dia sahabat saya,” jawab datuk.
“Kamu mempertahankan perbuatannya yang salah?”
“Tidak, saya mahu menerangkan keadaan sebenar.”
“Tak perlu, apa kamu mahu aku tembak kepala kamu,” si pemandu mula alihkan muncung pistol ke arah datuk. Gementar juga perasaan si pemandu bila melihat datuk tidak memperlihatkan rasa cemas atau takut. Malah kelihatan tenang dan bersahaja.
“Awak pergi jauh kalau sayangkan nyawa. Kalau tak bergerak saya tembak awak sampai awak mati,” kata si pemandu sambil melepaskan tembakan ke udara. Datuk tidak juga menjauhkan diri darinya.
“Awak tak takut mati?” tanya pemandu lori.
“Orang pengecut dan tak beriman saja yang takutkan mati. Awak tahu, mati itu perkara biasa. Semua orang mati. Awak juga mesti mati.”
“Eh, pelik, ada orang tak takut mati,” keluh si pemandu.
“Saya mahu cari penyelesaian dan mahu menerangkan kedudukan sebenarnya. Dia memang tak tahu hal ini. Ada orang mahu mengkhianati dirinya, saya kenal dia.”
“Huhhhh,” si pemandu menarik nafas panjang. Pistol segera dimasukkan ke dalam kotak khas seterusnya disembunyikan dalam baju labuh yang dipakainya.
SURAI
Orang yang berkumpul segera bersurai, mereka mengira semuanya sudah berakhir. Jamaluddin menarik nafas lega dan cuba menerangkan sesuatu pada si pemandu lori.
Belum pun sempat dia membuka mulut. Pemandu lori terus menampar muka Jamaluddin. Dan Jamaluddin yang merasakan dirinya dicabar untuk sekian kali, mahu bertindak balas. Datuk segera memberi isyarat pada Jamaluddin supaya jangan bertindak.
Jamaluddin segera mematuhi arahan tersebut, walaupun hatinya panas membara. Dia tahu, datuk berbuat demikian mempunyai tujuan tertentu. Mungkin datuk mengambil sikap mengalah dulu sebelum bertindak.
“Aku yakin kamu salah orang,” perlahan-lahan datuk bersuara sambil menatap biji mata si pemandu lori.
“Ah…” si pemandu lori mengeluh sambil menggosok-gosok pangkal hidungnya dengan hujung jari kelingking, “mana budak dua orang tadi, mereka beritahu aku yang kamu melaporkan perbuatan aku pada polis,” sambung pemandu lori.
“Kamu dipermainkan oleh kawan-kawan kamu sendiri,” kata Jamaluddin.
“Ah kamu diam.”
Jerit pemandu lori pada Jamaluddin sambil mengangkat tangan kanannya setinggi mungkin.
Belum pun sempat telapak tangan itu singgah dimuka Jamaluddin, pergelangan tangan si pemandu lori segera disambar oleh datuk dan terus dikilas ke belakang dan ditolak ke depan. Si pemandu lori jatuh tersungkur dibumi. Jamaluddin segera menerkam kerahnya dan mengambil pistol yang disembunyikan.
Secara mendadak dua pemuda yang mahu menjatuhkan datuk ke dalam longkang segera datang. Mereka menerkam ke arah Jamaluddin.
“Kamu berdua yang menfitnah aku? Kenapa ini kamu lakukan pada aku Kudus, kenapa kamu buat aku begini Kamsah,” kata Jamaluddin pada kedua-dua pemuda.
BERTARUNG
“Kita bertarung dulu, kemudian baru kita jelaskan,” serentak mereka menjawab. Tanpa membuang masa mereka terus membuka langkah silat menyerang Jamaluddin. Datuk memberikan ruang untuk Jamaluddin bertarung dengan orang yang dikenalinya. Orang pertama yang datang menyerang tewas ditangan Jamaluddin.
Melihat kawannya jatuh tidak bergerak, orang kedua tidak jadi melakukan serangan pada Jamaluddin. Dia segera minta maaf pada Jamaluddin dan menerangkan memang mereka berdua memberitahu pada pemandu lori yang Jamaluddin memberikan laporan pada polis atas kegiatan mengedar dadah secara kecil-lecilan dikawasan tersebut. Mereka berbuat demikian kerana Jamaluddin selalu menasihatkan supaya jangan menjadi ’barua’ pada pemandu lori tolong jualkan dadah.
Sebaik saja penjelasan diberikan oleh kedua-dua pemuda, sebuah peronda polis sampai ke tempat kejadian. Rupa-rupanya ada orang mengubungi pihak polis ketika si pemandu lori melepaskan tembakan ke udara buat pertama kali tadi.
Semasa si pemandu lori dan dua kawannya masuk ke dalam perut kereta peronda polis, kami dikejutkan dengan jeritan orang ramai: “Gedung terbakar, gedung terbakar.”
Tidak jauh dari tempat kami berdiri, beberapa orang segera berlari ke arah bengunan papan membawa baldi dan kayu untuk memadamkan api yang kian marak memusnahkan bangunan tersebut.
Kami segera membantu orang ramai. Dan kami diberitahu bangunan papan itu sengaja dibakar oleh anak buah pemandu lori agar kegiatannya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Seminggu setelah peristiwa itu, saya dan datuk berpisah dengan Jamaluddin. Kami pulang ke tanah air.
DENGAN INI SELESAILAH SIRI-SIRI SBDJ TERMASUK SIRI SIRI YANG BELUM DIJILIDKAN.
AKHIR KATA SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA
JIKA ADA SILAP DAN SALAH SAYA SEMASA MENERBITKAN BLOG INI SAYA MOHON MAAF.
Saya dibesarkan dengan membaca SBDJ sejak usia tahun 1 dan sudah mampu menyerapnya. Ringkas, mudah dan sangat luarbiasa. Terima Kasih Tamar Jalis. :)
BalasPadamTERIMA KASIH ADMIN DAN SEMUA YANG TERLIBAT MENGUMPUL SIRI INI. IA MERUPAKAN SATU USAHA YANG SANGAT HEBAT DAN IA BERHASIL. SEMOGA USAHA SEPERTI INI DAPAT DI TERUSKAN LAGI
BalasPadamtq...SBDJ Tamar Jalis terbaik
BalasPadamharap ada sambungan nya.. keadaan kampung slps blk dari jakarta dan lain-lain.. banyak khazanah melayu dalam SBDJ.. sayang sgt kalau dibiarkan tergantung..
BalasPadamTerima kasih diatas bahan bacaan yang baik ini. Harap ada sambungannya lagi.
BalasPadamMohon ada sesiapa berkenaan boleh menulis sambungan pengembaraan TamarJalis dengan datuknya.
BalasPadamTakziah pada tamar jalis semoga rohnya ditempatkan kalangan org beriman...terima kasih atas penulisan beliau..
BalasPadamENDING NII TAK BERAPAA BETUIII.....CERITAA NII DULU MASA AKU BACAA TAHUN 1984 MASA TUU AKU DARJAH 6....CERITA NII TERPUTUS KAT GEDUNG TERBAKAR TUUU....LPAS TUU TAKTAU APAA TERJADI.....
BalasPadamSiri 285 bercakap dgn jin mana ea??top speed tgh dtg ni..aduhaii
BalasPadamSelamat Jalan Kawan...terima kasih Tamar Jalis. Saya juga membesar dengam membaca tulisan beliau. Watak cerita tv Datuk yang dilakonkan Dato Rahim Razali juga hebat. Karektor asal melalui gambaran pelukis, watak Datuk seperti aktor Allahyarham Tamam Idris
BalasPadamade sambungan tak?
BalasPadamMasih mencari2 sambungan cerita ini
BalasPadamAlhamdulillah. Tamat membaca pada 23April2020. Keadaan bumi sekarang amat mendukacitakan. Dilanda wabak covid19. Apapun seronok membaca sbdj ni, setahun ambil masa sbb stop sekejap ada halangan. Sungguh, org Melayu kita kaya dengan ilmu dan sejarah yang hebat2. Tapi rasa terhantung cerita ni. Al-fatihah utk si penulis, semua watak di dalam buku dan semua pembaca. Assalamualaikum
BalasPadamAlhamdulillah..banyak pengalaman dan petua yg dpt kita lihat dan fahami..serta dpt ambil iktibar dan pedoman bahawa kekuasaan allah mengatasi segalanya..
BalasPadam2021..t.kasih SBDJ
PadamAL FATIHAH UTK ARWAH