SBDJ SIRI 269 MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR Datuk menghadapi situasi genting dengan tenang. Ular tedung panggungkan kepala, bersedia untuk melakukan serangan maut. Wajah penduduk yang berada di situ dibalut ketakutan. Sungguh mengejutkan, ular tedung yang garang itu merendahkan badannya dan terus menyusur di celah-celah dedaun kering dan akar. Akhirnya hilang entah ke mana. Peah yang ketakutan dapat ditenangkan oleh ayah Shafie. Peah segera memberitahu ayah Shafie bagaimana mulanya dia dikejar oleh ular tedung. “Sudah berkali-kali suami saya mengingatkan, jangan lalu di bawah pokok besar berlubang jika mahu ke sawah. Kata suami saya, di situ ada ular tedung bertelur. Saya tak endahkan cakap suami, sambil lalu saya baling puntung kayu ke arah pangkal pokok besar,” Peah berhenti bercerita. “Saya tak terima apa-apa akibat buruk. Tetapi petang ini, petang ketujuh ular itu keluar dari lubang dan buru saya,” sambung Peah, semua yang mend
Ulasan
Catat Ulasan