Tamar Jalis




Tamar Jalis (lahir Mohd Radzi Mahmud; 19 September 1938–26 Ogos 2018) merupakan seorang penulis dan pengarang Malaysia, terkenal dengan karya bergenre seram. Beliau terkenal dengan Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ). Beliau tidak lagi menulis atau bekerja di syarikat penerbitan. Dahulu beliau ketua pengarang di sebuah syarikat penerbitan majalah popular di Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya, Tamar telah menghasilkan novel dan cerpen dan pernah memiliki syarikat penerbitan sendiri selama dua tahun di Ipoh. Beliau juga menjadi kolumnis untuk akhbar Suara Merdeka dengan siri 'Tepi Jalan' dan di akhbar Watan dengan siri 'Ciri-ciri Hidup'. Beliau aktif dalam Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) ; Persatuan Wartawan Hiburan (EJA); dan Persatuan Wartawan Melayu.

Nama sebenar Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud.[2][3] Ahmad Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak.Beliau bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh - bidang tukang kayu dan binaan. Kemudian menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan (1959). Seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari. Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland.



1960, beliau menjadi Pemberita Sambilan untuk akhbar Warta Negara, Utusan Melayu, Berita Harian dan beberapa majalah hiburan di Singapura di samping berniaga. Ahmad Mahmud berkhidmat dengan tentera Wataniah (1964-1966). Beliau dilantik sebagai kerani pengedaran di Utusan Melayu, Berhad, cawangan Ipoh (1970-1977).

Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979). Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980). Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili

Sejak 1955 beliau telah menulis di Utusan Kanak-kanak danTunas. Cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul “Berhari Raya di Kampung”. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera,Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya. Akhbar tempatan juga menyiarkan cerpennya, seperti Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.

Beliau pernah menyertai dan menang menerusi Peraduan Menulis Cerpen Berita Harian. Ketika itu beliau mendapat RM300 hasila cerpen tulisannya.Cerpen itu bertajuk 'Kalau dah gila nak berbini', 'Ulam jering sambal tempoyak' dan 'Pencari rotan'.

Cerpen “Menanti Ayah”(1971) dan “Samad Toja” (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) telah memenangi Hadiah Karya Sastera 1970-an. Cerpen “Samad Toja” termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP(1976) iaitu di halaman 43 hingga 51. Panel Hadiah Karya Sastera(1974) menyatakan b ahawa ceepen “Samad Toja” menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat. Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya.Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.



Cerpen “Jaril,Jangan Tinggalkan Emak” (Dewan Bahasa, September 1973),” Paman”(Dewan Sastera, Januari 1977) dan “Cincin Berlian Bermata Dua”(Dewan Sastera,April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam antologi 'Di Bawah Bayang Kemboja' (DBP,1981). Cerpen “Paman” termuat dalam antologi 'Suatu Subuh Yang Bening' selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin (Fajar Bakti - 1980an). Antologi ini menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM 1980-an.

Antara novel beliau ialah 'Pucuk-pucuk Yang Mati'(1967), 'Lorong-lorong Hitam' (1969) dan 'Rumah Urut' (1970). Kajian oleh Hamzah Hamdani mendapati banyak novelnya berkisar tentang seks.(1981:44). Ahmad Mahmud menggunakan nama samaran Atma A.M untuk menulis novel bercorak percintaan. Novel 'Bukan lmpian Hati' (Variapop Group; 1987 187 hlm).Novel 'Bukan Impian Hati (2)' menggunakan nama Atma A.M (Variapop Group;1988 ; 111 hlm).

Dengan nama samaran Ramadhan A.M , beliau menulis novel 'Kasihku,Sewangi Cempaka' (1988 - 127 hlm).Novel 'Kukirim Rindu Untukmu' (Variapop Group;1988;127 hlm)

Pucuk-pucuk yang Mati (1967)
Lorong Hitam (1969)
Rumah Urut (1970
Selembut Bayu Pagi (1980)
Selembut Angin Senja (1984)
Sejambak Mesra, Seluas Rindu (1984) – Novel ini telah dijadikan drama tv untuk slot Citraneka sebanyak tiga siri yang ditayangkan di TV (RTM) dalam bulan Februari dan Mac 1992.
Kukirim Rindu Untukmu (1988)
Kasih Sewangi Cempaka (1988)
Sebening Sinar Matamu (1987)
Ku Nanti di Pelabuhan Kasih (1987)
Di sini Cintaku Berbunga (1987)
Sebening Sinar Matamu (1987)
Ketika Rindu Datang (1987)
Seraut Wajah Kekasih (1986)

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 26 Ogos 2018 di kediaman beliau pada jam 9.30 pagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

232: HARUAN BESARKAN KEMALUAN

269: MENGUNCI MULUT BUAYA DAN ULAR

284: SELAMAT JALAN KAWAN