284: SELAMAT JALAN KAWAN
SBDJ SIRI 284 SELAMAT JALAN KAWAN “Kamu salah orang, dia baru datang dari Medan bersama aku,” ulang datuk cuba menenangkan perasaan si pemandu lori. “Ah…” si pemandu mendengus marah. Dia tidak dapat mengawal perasaannya bila ada orang lain mahu campur tangan dalam urusannya. Dia alihkan muncung pistol dari kepala Jamaluddin ke dada datuk. “Kamu jangan campur, kamu diam,” jeritnya. “Sabar,” pujuk datuk. “Kamu diammm…” sergahnya lantang. Muka datuk diludahnya sambil muncung pistol dihalakan ke kepala Jamaluddin semula. Beberapa orang yang baru datang ke situ dan menerima penjelasan dari kawan-kawan si pemandu segera menyalahkan Jamaluddin kerana cuba memasukkan pasir ke dalam periuk nasi orang lain. “Bertenang dulu, biar saya jelaskan semuanya,” datuk bagaikan merayu. Ternyata usaha datuk sia-sia. Rasa marah terus membara dalam dada si pemandu. Dengan siku kiri, bahu datuk disingungnya. Tetapi, datuk masih berl